Search

PERUBAHAN KECIL HASIL BESAR

Salam pada semua..dah lama saya tidak updated keseluruhan blog2 saya..


OK KITA STORY APA ITU PERUBAHAN KECIL HASIL BESAR..KALAU KITA LIHAT PADA MASA SEKARANG JARANG SEKALI ANTARA KITA YANG DAPAT MENERIMA PERUBAHAN DENGAN KEHENDAK HATI.MACAMANA NAK BERJAYA KALAU DIRI SENDIRI TIDAK MAMPU MENERIMA PERUBAHAN??? INI SOALAN DAN JAWAPAN YANG CUKUP SINONIM DIDENGAR IBARAT KATA HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU…

SETIAP SAAT PERUBAHAN DALAM MENJALANI KEHIDUPAN TETAP BERLAKU..samaada kita mahu menerima atau tidak.Tidak kira perubahan itu bersaiz kecil atau besar,berisiko ataupun tidak menguntungkan atau merugikan.

Malah semua ini tanpa kita sedari atau tidak ia tetap berlaku keatas kita ataupun secara umum atau global,perubahan akan tetap berlaku.Adakala kita mampu mengelak adakala kita terpaksa menerima hakikatnya.

Walaupun dunia berubah kita mesti ikut harus perubahan itu.Jika tidak kita ibarat katak berada dibawah tempurung.Biasanya kita tidak suka bila diminya membuat perubahan,Apatah lagi bila diminta mengubah cara hidup seharian.


Orang Gagal Tak Suka Dengar Cerita Orang Berjaya

Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya kerana dia akan iri hati. Dia tak suka dengar kerana cerita-cerita sebegitu seperti satu sindiran pedas buat dirinya. Sebab itulah orang gagal lebih suka berkawan dengan orang gagal juga. Kesannya, akan bertambah-tambah gagal dia kerana masuk ke komuniti orang-orang gagal.

Jika ada orang seperti di atas, Anda kena berubah. Kita dalam hidup ni kena berjaya. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam pula, sepatutnya kita mempunyai keinginan kuat nak berjaya kerana laungan azan mengajak kita ke arah kejayaan. Bukan sekali kita dengar laungan azan tu tapi lima kali berturut-turut dalam sehari, 365 hari dalam setahun sepanjang Anda hidup. Kita kena capai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan.

Kejayaan yang kita capai akan menjadi pendorong pada orang-orang di sekeliling kita supaya mereka turut mahu menjadi orang berjaya. Agama kita menyuruh kita berjaya, kerana dalam jangka masa panjang ia akan mengangkat ekonomi ummah kita ke tahap ekonomi berjaya. Lantas, kejayaan ekonomi akan meransang kejayaan dalaam pendidikan, politik, persekitaran dan kemanusiaan.

Jika Anda pernah jadi orang gagal, jangan biarkan diri Anda terperuk dalam kancah kegagalan. Lepaskan diri dari kegagalan dengan mula memfokus fikiran ke arah kejayaan. Fikirkan kejayaan, bayangkan kejayaan, bertindak menuju kejayaan. Lakukan 3 perkara itu dan secara automatik Anda akan mempunyai cetusan motivasi untuk lancar bergerak.

Hari ini Anda orang gagal. Esok, Anda kena berubah jadi orang cemerlang. Lusa, pastikan Anda jadi orang berjaya. Pilih untuk menjadi orang berjaya.




Motivasi Lembu


Orang kita selalu mengaitkan lembu dengan seseorang yang bodoh. Dia akan kata, “ko ni bodoh cam lembu!”. Er, sori saya cakap camtu, lebih baik berterus terang supaya Anda faham.

Motivasi susah nak berkias-kias, nanti orang salah faham. Lembu tu, walaupun binatang yang dianggap bodoh, sebenarnya ada motivasi tersirat yang kita boleh ambil darinya. Walaupun lembu nampak bodoh sebab kerjanya hanya meragut rumput, takde perkara lain cuma rumput, rumput dan rumput, lembu meragut dengan penuh konsisten, persisten pula.

Dia tak hirau hal lain, tak sibuk ambil tahu perkara-perkara lain mahupun dok sibuk bergosip hal dunia dengan lembu-lembu lain. Yang dia tau, ragut rumput, makan rumput, kunyah rumput. Kesan dari itu, lembu jadi cukup bagus, cukup cemerlang sekali meragut rumput, silap-silap habis rata rumput jadinya macam kita potong rumput pakai mesin rumput.

Jika ada anugerah meragut rumput, mungkin lembu itu mendapat tempat pertama, menjadi calon fevret. Seeokor lembu tak akan pernah mengacau kawasan lembu-lembu lain dan tak akan pernah menceroboh ‘territory’ yang bukan dia punya. Haa..tengok tu, walaupun lembu ni kita anggap macam bodoh, tapi sebodoh-bodoh lembu, kita boleh belajar sesuatu, kemudian serap apa yang kita pelajari tu supaya kita makin maju.

Mesti ada sebab kenapa lembu dijadikan sifatnya macam tu. Kejadiannya mesti untuk menyempurnakan sesuatu dan sebagai pelengkap kepada peranan kita manusia untuk melaksanakan misi sebagai khalifah di muka bumi. Jangan pandang rendah pada lembu. Biar kerajinan kita mengalahkan kerajinan lembu.

Biar kekonsisten usaha kita mengalahkan kekonsistenan lembu, walaupun dia cuma seekor lembu. Sebodoh-bodoh lembu, ia haiwan yang sangat rajin, cemerlang melaksanakan kerjanya. Kita entah cemana, mungkin cemerlang kita sekejap saja sebab fokus fikiran kita terarah kepada banyak perkara, terutama masalah.


BAHAYA JIKA KITA ASYIK MENYALAHKAN APASAJA

Bahaya jika Anda ‘blame’ atau menyalahkan apa saja. Jika Anda menyalahkan seseorang, sesuatu benda, sesuatu perkara, sesuatu situasi, maka Anda akan ditemukan dengan lebih banyak situasi yang makin membuat Anda kurang bersemangat.

Kesannya, Anda akan hilang motivasi. Anda tak akan ada motivasi kerja, motivasi belajar dan motivasi berniaga. Bagi yang dah berkeluarga, Anda cepat naik hangin tak tentu pasal, kurang bertenaga membuat kerja-kerja rumah.

Sebelum ni saya pernah ‘blame’ orang sekeliling, laptop saya, basikal saya, air laut tempat saya berlatih berenang, kereta yang saya pandu dan masa kerja saya. Setelah melalui semua itu, saya heran, motivasi menurun dan saya kurang bersemagat. Selepas mengkaji secara mendalam dan membuat koreksi diri, saya mendapati jika kita menyalahkan sesuatu cuma sekali, kita akan ditimpa kesusahan dua kali, mungkin juga berkali-kali.

Ia hanya akan berhenti apabila kita ubah perangai, ubah sikap. Buang perangai suka mengomplen, suka menyalakan orang, situasi, keadaan, benda dan perkara. Sebaliknya, maafkan semua itu, lupakan dan GO ON! Maju ke depan. Jika Anda kerap menyalahkan apa saja, sesiap saja, apa jua, Anda bagaikan tertahan-tahan. Apa jua yang Anda lakukan kerap bermasalah, apa jua yang Anda usahakan kerap diuji dengan pelbagai permasalahan yang tak berkesudahan. Saya percaya semua itu berpunca dari fikiran kita.

Jadi, kita kita bijak mengawal fikiran, mengawal semua yang bermain di fikiran, maka kita boleh mengawal realiti hidup kita. Benar, kita tidak tahu apa yang akan terjadi, tapi sekurang-kurangnya kita boleh memilih apa yang terjadi tu untuk terbentuk menjadi sesuatu yang positif, sesuatu yang berpihak pada kita.

Dalam hidup, kita akan sentiasa ada dua pilihan.

Ambil keputusan untuk memilih yang positif saja.




PERUBAHAN KECIL HASIL BESAR

Ok,berbalik kita pada topik Perubahan kecil hasil Besar.Dalam apasaja bidang kita ceburi terutama dalam MLM(Hutang-anda-kami-bayar).Apabila kita sudah lama berada didalam sesuatu pekerjaan ataupun suasana,selalunya kita akan rasa sebati dengannya selesa dan merasai seolah2 itulah dunia kita.Kita fikir dunia yang lain adalah kepunyaan orang lain. dan kita tak perlu ambil peduli.Terdapat 2 keadaan perubahan:


1.Perubahan yang datang dari kita sendiri

2.Perubahan yang datang dari orang lain

Perubahan yang datang dari diri kita sendiri yang bukan bersifat paksaan tetapi secara sukarela,diri kita yang inginkan perubahan.Rasa ingin berubah datang dari diri sifat kita sendiri yang suka mencuba sesuatu yang baru dari segi ilmu dan pengalamam yang baru.Ia berlaku disebabkan perasaan manusia yang tidak begitu selesa berada terlalu lama didalam suasana yang sama.

Perubahan yang lain pula mungkin bersifat paksaan,Kita mahu adanya perubahan dalam hidup,tetapi disebabkan desakan dan tekanan dari luar ataupun orang lain,kita terpaksa mencari jalan keluar daripada kepompong yang kita duduki itu.

Ada orang lebih suka buat perubahan secara besar-besaran ataupun menyeluruh.Keadaan ini dinamakan 'revolusi'.Apabila secara'Revolusi' hasilnya adalah besar namun tidak semua orang suka kaedah ini kerana risiko mengalami kerugian adalah tinggi.

Tambahan pula ada peribahasa Melayu mengatakan 'berdikit-dikit lama-lama jadi bukit'.ayat ini bermaksud membuat kerja sedikit demi sedikit lama kelamaan hasilnya bertambah seperti bukit.Bagi mendapat langkah ke 1000 pun kita perlu bermula dari langkah pertama,begitu juga mengira angka 1,000 perlu bermula dari angka satu.

Malah peribahasa 'berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian'juga bermaksud sebelum mencapai zaman kesenangan dan kemewahan,kita perlu melalui zaman susah dahulu.Kita kena 'bersakit-sakit dahulu'.Barulah dapat kesenangan kemudian hari.

Apabila ingin membuat perubahan secara besar-besaran ujiannya juga besar.Adakah sanggup kita bekorban wang tenaga yang banyak untuk perubahan itu?Tentu sekali sekali pengorbanan perubahan yang besar memperolehi hasil yang besar>Namun kita perlu juga berhati2 dengan risikonya yang juga besar.Sanggupkah anda menanggung kerugian yang besar?Jika sanggup teruskan...

Dalam Program ini,kita hanya perlu membuat sedikit perubahan bagi mendapat peluang,ganjaran dan hasil yang lumayan.Namun ramai yang tidak faham bagaimana nak membuat perubahan.

Oleh itu kita perlu tahu perlu faham istilah MLM.Apa itu Jobs Terms of Reference(JTOR).Yang bermaksud bidang tugas dan aktiviti harian kita,skop tugas dan kerja kita.Apabila kita dapat memhaminya baarula kita dapat membuat perubahan.

Perubahan yang perubahan yang perlu kita lakukan bukanlah perubahan besar yang kita tidak mampu lakukan.kita perlu menyenaraikan aktiviti,tugas dan skop kerja dalam MLM supaya kita nampak jelas apa yang perlu kita lakukan.Kita mampu memilih mengubah apa yang dapat kita lakukan terlebih dahulu.

Ayat pertam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah IQRA yang bermaksud baca,kaji,faham.Yang bermakna tindakan pertama kita adalah mendengar,keduannya membaca,ketiganya beramal dan terakhir menyampaikan.Empat tugas manusia ialah:

1.Mengamalkan
2.Membaca
3.Mendengar
4.Menyampaikan

Dalam MLM perkara berikut adalah penting

1.Mesyuarat
2.mengguna
3,Menjual
4.Menaja
5.Memberi khidmat

Dalam program kami semua ini telah dirangka dimana apa yang perlu ada lakukan adalah seperti berikut

1.Menjadi ahli
2.Menaja
3.Mesyuarat
4.Pengguna

Dalam Program kami apa yang perlu anda tahu

1.Ilmu Program
2.Ilmu pelan pemasarAN
3.Ilmu Produk
4.Ilmu Syarikat
5.Ilmu Pemasaran(Marketing)
6.Ilmu komunikasi
atau tmbhn
7.Ilmu komputer
8.Ilmu internet


jumpa lagi disambungan atau post seterusnya...

Salam pada semua...



petikan akhbar 24 julai 2009

Tidak semua MLM haram

SOALAN :
SAYA sekarang menjalani latihan industri dan praktikal di syarikat yang menggunakan sistem pemasaran pelbagai peringkat (multilevel marketing -MLM)) selama empat bulan.

saya serba salah untuk meneruskan kerana ada segelintir kawan-kawan dan keluarga saya mengatakan yang MLM ini haram dalam Islam.

Bolehkah ustaz terangkan kenapa ia haram? Di syarikat ini, saya belajar selok belok perniagaan, daripada pengurusan sampai ke jualan. Saya juga dikehendaki mencari jualan. Ini berkenaan dengan markah praktikal, saya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah yang tinggi tetapi banyak ujian yang diberikan memerlukan pertolongan kawan-kawan dan keluarga. Bagaimanakah saya hendak menghadapi keadaan ini?

JAWAPAN :

Saudara tidak berdosa kerana melakukan latihan industri di syarikat berkenaan, malahan saudara boleh mempelajari sesuatu yang baru. Mungkin ini peluang untuk saudara mengkaji kebenaran perniagaan MLM yang sebelum ini saudara pernah mendengar tetapi tidak mengenalinya dengan lebih dekat.

Lagipun saudara berada di syarikat ini dengan tujuan untuk menjalani latihan industri seperti mana yang dikehendaki oleh institusi tempat saudara belajar. Setelah saudara berada di situ, barulah dimaklumkan bahawa MLM adalah haram di sisi Islam.

Secara umumnya ramai yang menyatakan pendapat demikian, namun suka saya tegaskan tidak semua jenis MLM haram. Kebanyakan ulama mengharamkan sesetengah MLM kerana wujudnya penganiayaan terhadap downline (orang bawahan yang baru masuk perniagaan). Ini kerana orang yang duduk di upline, kebiasaannya akan mendapat untung yang berganda, sedangkan yang bertungkus-lumus membuat jualan ialah orang bawahan.

Merekalah yang berhujan dan berpanas dalam melariskan jualan. Upline mendapat pendapatan berlipat kali ganda kerana dia merasakan dia layak kerana dia yang memperkenalkan perniagaan itu kepada downline dan seolah dia pula merupakan majikan.

Downline sering diumpan dengan contoh ayat begini: “Saya nak kamu jadi macam saya satu hari nanti, sebulan berpendapatan RM50,000 dan ada kereta mewah, rumah banglo dan sebagainya”.

Downline yang sangat mengharapkan kesenangan pasti akan tertawan dan berkerja keras untuk menjadi seperti upline. Tidak dinafikan ada yang berjaya dengan hasil usahanya yang gigih tetapi bilangannya terlalulah sedikit. Namun dalam keghairahan mengumpul kekayaan dan keuntungan terfikir atau tidak kepada halal haram?.

Persoalan yang jarang mendapat perhatian dari agensi-agensi MLM. Oleh yang demikian untuk tidak melanggar perintah Allah SWT dalam urusan jual beli adalah sangat wajar diukur adakah perniagaan yang diceburi halal atau haram. Supaya tiada unsur penganiayaan, riba dan gharar (keraguan).

Secara umum MLM adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal atas bawah mahupun horizontal kiri kanan ataupun gabungan antara keduanya.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisen yang digunakan adalah komisen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.

Selain itu, Sheikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya: “Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai.

“Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya.

“Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.”

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin. Padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

*Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

*Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30 peratus dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

*Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada di level atas mereka.

Bagaimanapun, sistem perdagangan MLM diperbolehkan oleh syariat Islam dengan syarat-syarat sebagai berikut:

*Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka ('an taradhin), dan tidak ada paksaan;

*Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan telus sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);

*Barang-barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar.

Design by Blogger Templates